Sunday, November 15, 2009

終於等到這麼一天!

自從在2008年4月創設本身的部落格以來,一直都沒有認真的寫點東西。想不到相隔這麼久,才正式“開張”動筆。

那天到首相納吉的的1Malaysia網站上游覽,發現很多人留言支持單一源流教育,心中有不吐不快的感覺。感覺上沉默的大多數華人受到忽略了。華人鮮少會到這些官方網站表露心聲。

作為新一代的華人,應該是勇於為族群說話的時候了。

因此,我上去說了幾句話。http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_myblog&show=single-stream-schools.html&Itemid=54&lang=en&cpage=10

以下是有關的全文:

Yang Amat Berhormat Dato Seri,
Baru-baru ini saya perhati dari Blog 1Malaysia berkenaan dengan respon terhadap sistem sekolah satu aliran, di mana kebanyakan respon telah memberi sokongan ke atas pelaksanaan sistem tersebut. Saya berpendapat bahawa respon tersebut tidak menggambarkan pandangan dan fikiran majoriti masyarakat Cina. Setahu saya, sebilangan besar anggota masyarakat Cina masih tidak biasa atau tidak ingin menyampaikan pandangan mereka melalui medium internet seperti blog. Walaupun pandangan mereka tidak disampaikan ke Blog 1Malaysia, namun kerajaan harus memahami dan mengambilkira pendapat dan pendirian golongan ini (the quiet majority di dalam masyarakat Cina) demi untuk memperolehi gambaran keseluruhan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang produk SRJK ©, saya berasa gembira dan berbesar hati setiap kali Dato Seri membuat kenyataan bahawa sistem sekolah pelbagai aliran yang terwujud di Malaysia adalah satu kekayaan dan kekuatan kepada negara. Saya amat bersyukur kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Berhormat telah memperkenal dan melaksanakan konsep “1 Malaysia” yang memberikan penghargaan kepada kepelbagaian etnik, budaya, agama dan bahasa yang telah menjadi identiti dan keunikan Malaysia.

Di dalam pemahaman saya, apa yang ditegaskan oleh konsep 1 Malaysia adalah keperluan menggalakkan masyarakat majoriti dan minoriti di negara ini untuk bersama-sama menerima dan meraikan perbezaan yang wujud di Malaysia, demi kebaikan dan kemakmuran sejati. Dari pandangan saya , saya rasa kaum Melayu – sebagai kaum majoriti yang mengawal dan memimpin negara ini – sepatutnya mempunyai kesanggupan dan kesudian untuk menerima, menghormati, dan membantu hasrat kaum bukan Melayu (yang bilangannya jauh lebih rendah daripada etnik Melayu) untuk memelihara bahasa dan budaya mereka.

Saya ingin menegaskan kepada saudara-saudara saya dan rakan-rakan saya dari kaum Melayu bahawa, hasrat kaum bukan Melayu untuk menghantarkan anak-anak mereka menerima pendidikan di SRJK (C) tidak bermaksud kaum Cina tidak mencintai negara ini. Ia juga tidak bermaksud produk dari SRJK © akan menghadapi masalah untuk berinterkasi di dalam masyarakat majmuk ini. Ambil diri saya sebagai contoh. Saya menerima pendidikan sekolah rendah saya selama 6 tahun di sebuah SRJK(C). Apabila saya meneruskan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan, saya dapat bercampur gaul dengan kawan-kawan saya dari kumpulan etnik kaum lain dengan baik dan mesra, tanpa apa-apa masalah.

Pada pandangan saya sebagai seorang ibubapa , hasrat kaum bukan Melayu untuk mengekalkan sekolah bahasa ibunda adalah supaya generasi muda kami dapat memahami budaya sendiri serta dapat menghayati ilmu dan nilai melalui bahasa ibunda. Bagi kaum Cina, pendidikan adalah suatu aset yang paling penting bagi setiap individu. Kebanyakan ibubapa etnik Cina memang bercenderungan menjimat seberapa yang boleh, demi untuk menyimpan dana yang cukup bagi tujuan pendidikan anak mereka pada masa depan.

Sebagai seorang individu di masyarakat majmuk ini, saya tidak faham rasional sesetengah kumpulan dan individu termasuk surat khabar berbahasa Melayu, yang mempertikaikan kewujudan sistem pelbagai aliran. Pada hakikatnya, tahap keseragaman (atau kepelbagaian) aliran bahasa tidak semestinya mempunyai hubungan terus dengan tahap perpaduan. Contohnya, di Indonesia, setahu kita penduduknya tidak kira pribumi atau bukan pribumi semuanya menerima pendidikan dalam Bahasa Indonesia. Namun apa yang berlaku pada bulan Mei 1998, apabila penduduknya yang berkaum Tionghua telah diancam oleh segelintir anasir extremis di negara tersebut, jelas menunjukkan bahawa negara tersebut masih lagi wujudnya masalah perpaduan yang serius, di mana kumpulan majoriti masih tidak melihat dan menganggap orang Tionghua sebagai anggota dan rakyat negara Indonesia, sungguhpun setiap anggota kumpulan minoriti tersebut telah berdekad-dekad lahir dan tinggal di sana, dan telah berdekad-dekad menerima pendidikan dalam Bahasa Indonesia dan menukar nama mereka ke nama Bahasa Indonesia.

Contoh ini jelas menunjukkan bahawa, sebalik dari persepsi umum, pada hakikat tidak terdapat pertalian secara langsung di antara tahap keseragaman (atau tahap kepelbagaian) bahasa dengan tahap perpaduan sesebuah negara.
Perkara ini dapat terus diperhatikan melalui contoh-contoh yang lain, seperti keadaan di Switzerland and Belgium, di mana penduduk mereka yang menggunakan pelbagai bahasa sebagai bahasa pengantaraan sekolah tidak menghadapi masalah perpaduan. Penduduk mereka masing-masing mempunyai perasaan kekitaan yang kuat, dan tiada kumpulan dalam masyarakat mereka yang mempertikaikan ketaatsetiaan kumpulan lain ke atas negara.

Di Malaysia, kaum bukan Melayu telah lama menerima dan mengikhtiraf Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan kita. Generasi muda terutamanya telah berusaha untuk mempelajari dan cuba menguasai bahasa ini sejak kecil lagi. Hampir semua ibubapa kaum Cina yang saya kenali memang sentiasa memupuk dan menggalakkan anak mereka untuk mempelajari ketiga-tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Cina, dan Inggeris. Saya yakin pendirian dan tindakan seperti ini adalah satu tingkahlaku cinta negara. Tambahan pula, kesemua kandungan kurikulum yang diajar di sekolah Cina sebenarnya adalah sama dengan apa yang diajar di sekolah kebangsaan. Justeru itu, saya tidak faham kenapa sesetengah individu dan kumpulan sering mengutuk dan mengeji SRJK. Berdasarkan kepada pemerhatian saya,, tiada sekolah Cina dan tiada ibubapa Cina yang cuba menyemai perasaan benci ke atas anggota masyarakat lain. Sebaliknya, kami sentiasa menekankan kepada anak masing-masing bahawa kita semua anak Malaysia, dan kami sentiasa menegaskan betapa pentingnya sikap hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk ini.

Apa yang menyedihkan ialah, sungguhpun Kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato Seri telah berusaha memupukkan semangat dan dasar 1Malaysia, masih terdapat individu dan kumpulan yang tidak berhenti-henti membangkitkan isu-isu yang membahagi-pecahkan masyarakat dan menyemai perasaan benci di kalangan masyarakat berbilang kaum ini. Sebagai seorang rakyat yang khuatir dengan masa depan negara, saya ingin menyampaikan harapan dan seruan saya kepada Dato Seri agar Kerajaan BN – selari dengan semangat “1 Malaysia” yang menghargai dan meraikan kekayaan kepelbagaian etnik dan budaya – akan terus:
1. menghargai peranan dan sumbangan SRJK ©ke atas pembangunan Malaysia;
2. menjamin kewujudan dan kekekalan SRJK© di dalam negara ini;
3. menolak sebarang cadangan untuk menggantikan sistem sekolah pelbagai aliran dengan sistem satu aliran; dan
4. menggalakkan masyarakat majoriti untuk memahami, menghormati, serta turut meriakan dan memeliharan warisan budaya masyarakat minoriti yang sama-sama mencintai tanahair ini.

Seperti mana yang seringkali ditekankan oleh Dato Seri melalui konsep 1 Malaysia, kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama di negara ini adalah satu kekayaan dan kekuatan kepada Malaysia, ianya bukanlah satu beban.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan makmur dan damai; dan semoga rakyat sentiasa saling hormat-menghormati dan bersatu dalam kepelbagaian budaya!
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Kuik Cheng Kang

No comments: